Zombie Menyerang !


Bayangkan jika kita diserang zombie. Ishh... Seram! Dengan rupa hodoh mayat yang bangkit semula, apatah lagi jika zombie tu meluru kelaparan ke arah kita, mahu menyerang dan membaham kita! Warghh!!! Lagi seram...! Dan kalau kita mati digigit zombie, adakah kita juga akan bangkit semula menjadi zombie?

Zombie atau mayat yang bangkit semula memang banyak muncul dalam filem seram, termasuk seram komedi seperti Zombie Kampung Pisang (hak hak! tergelak bila terbayangkan cerita tu!) Sebenarnya, zombie berasal dari Afrika. Perkataan Zombie berasal dari bahasa Kikongo, iaitu "nzamb". Di Afrika Barat, roh Zombie disimpan di dalam botol-botol kecil untuk dijadikan azimat, manakala tubuhnya dibiarkan berkeliaran.

Sesungguhnya, kisah kewujudan zombie seperti benar-benar tidak logik dan tahyul belaka. Mustahil mayat yang sudah mati dihidupkan semula? Bagaimanakah mayat mampu bergerak dan menyerang tanpa nadi? Sebagai muslim juga, sukar bagi kita mempercayai fenomena ini.

Namun, fenomena zombie bukanlah tahyul, sebaliknya ia benar-benar berlaku! Terdapat pengkaji dan saintis telah menyaksikan zombie bangkit bergerak di hadapan mata mereka sendiri. Namun, kisah zombie sering dimanipulasikan dan direka-reka dan ini membuatkan ramai yang keliru, mana yang benar dan mana pula kisah yang telah ditokok tambah. Kita sendiri juga membayangkan zombie adalah makhluk yang menakutkan dan suka menyerang, bukan? Namun realitinya, zombie haya mampu bergerak seperti kemabukan. Itu sahaja.


Persoalannya di sini, bagaimanakah zombie boleh wujud? Di sinilah kita akan sama-sama merungkai persoalan ini.
  • Dikatakan pawang-pawang Afrika Barat yang dipanggil bokor menggunakan ilmu hitam atau voodoo untuk membangkitkan zombie dengan memujanya di kubur. Garam akan diberi sebagai makanan. Selain Afrika, negara Haiti yang terletak di Benua Amerika juga antara lokasi yang terdapat banyak kejadian zombie.
  • Namun, setelah Dr. Wade Davis mengkaji tentang fenomena zombie di Haiti pada pertengahan 1980-an, beliau menyatakan terdapat dua jenis serbuk khas akan disuntik ke dalam darah seseorang yang mahu dibangkitkan semula. Setelah bangkit, zombie kemudiannya dikerah menjadi hamba abdi. Penemuan ini mengesahkan bahawa zombie sebenarnya tidak boleh berjangkit dengan serangan dan gigitan, seperti yang digambarkan dalam filem seram. Serbuk khas diperlukan untuk membangkitkan seseorang menjadi zombie.
  • Satu lagi penemuan Dr. Wade Davis ialah, sebenarnya, tidak ada tahyul dan tiada juga sihir ilmu hitam dalam fenomena zombie. Segalanya hanyalah tindak balas kimiawi bersifat saintifik. Zombie bukanlah seseorang yang sudah mati dan dihidupkan semula. Beliau telah mengkaji komposisi serbuk yang disuntik masuk ke tubuh ketika mahu mengubah menjadi zombie. Didapati serbuk tersebut mengandungi racun tetrodotoksin. Bokor membancuh racun tersebut daripada ********* (terpaksa dirahsiakan bagi tujuan keselamatan!). Setelah menggaulnya, racun itu akan disuntik semasa dia MASIH HIDUP!
  •  Seseorang yang disuntik tetrodotoksin akan kelumpuhan seluruh badan dan mempamerkan keadaan seolah-olah sudah mati. Setelah itu, mangsa akan dikebumikan seperti mayat biasa. Kemudian, mangsa akan diberi suntikan kedua yang mengandungi dadah psikoaktif yang akan membangkitkannya semula dalam keadaan mabuk dan khayal. Inilah sebabnya mengapa zombie kelihatan kemabukan di alam realiti!

Walaupun banyak saintis tidak setuju dengan penemuan Dr. Wade Davis, namun kajiannya banyak membantu kefahaman umum tentang fenomena zombie dan menyedarkan bahawa zombie bukanlah tahyul mahupun sihir tetapi hanyalah satu tindak balas kimia terhadap biologi tubuh manusia. Zombie sebenarnya merupakan mangsa jenayah yang dilakukan bokor dengan menyalahgunakan dadah. Antara mangsa tersebut ialah Clairvius Narcisse.

Sehingga kini, beberapa kajian tentang zombie telah dilakukan. Penemuan terbaharu pada Ogos 2010 mendapati fenomena zombie turut berlaku dalam alam haiwan. Cuma bezanya ialah tiada bokor atau pawang yang menyuntik dadah ke dalam mangsa. Haiwan-haiwan menjadi zombie kerana dikawal oleh parasit di dalam tubuhnya seperti serangga, beluncas dan lain-lain.

Dan sehingga kini juga, saintis belum menjumpai parasit yang boleh mengubah manusia menjadi zombie. Jika hal ini berlaku kepada haiwan, tidak mustahil boleh berlaku kepada manusia juga, bukan? Bokor hanya mampu mengubah seorang dua mangsanya menjadi zombie, tetapi serangan parasit akan cepat merebak ke seluruh populasi manusia. Dunia ini akan dipenuhi dengan manusia zombie sekelip mata! Jika zombie menyerang, sudahkah kita bersedia?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVnTxTbYz3sHWhBMyZcRZrFkB-2BLg1YB0lHYK68GuMD1_HLHpBRCfvHpR_RoXZkdDY-P7jXg5W30AMW5zk0fXFBs33FF_v0M5SA2ePfURh1hzgZZ-cI2iBqRIJjwoET2ngv-GgUMuXH_W/s1600/zombie.jpg

Rujukan dan artikel penuh : Dewan Siswa© Edisi November 2010

Katakan TAK NAK kepada ROKOK I

http://i495.photobucket.com/albums/rr319/sukasukaje/MEROKOK.jpg

" ROKOK "

Satu perkataan yang sangat sinonim dengan pelajar bermasalah, dengan pemilik bibir hitam dan muka cengkung, dengan lelaki, dengan asap, dan ya, PENCEMARAN UDARA. Zaman sekarang, tidak kira lelaki mahupun perempuan, pelajar bersekolah apatah lagi lepasan SPM, sudah pandai berjinak-jinak dengan rokok. Tahu tak, tabiat merokok adalah satu tabiat sangat menjijikkan? So, why don't you stop smoking? NOW! Tak nak? Oke, fine ~ But you must read these first.

Kenapa perlu berhenti merokok?

1. Hukum merokok dalam Islam

Perkara pertama yang perlu difikirkan bagi insan bergelar Muslim adalah hukumnya.

" .... dan JANGANLAH kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan .... " (Surah Al-Baqarah : ayat 195)

" Dan JANGANLAH kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu " (Surah An-Nisa' : ayat 29)

Kalau rasa dah pandai sangat merokok, sampai boleh buat asap bulat-bulat, love-love, takkan ayat semudah ni tak boleh faham? MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN. Jadi, itu dah dikira mencampakkan diri dalam kebinasaan. Dan fahamilah perkataan JANGAN! Itu bermakna satu tegahan dan larangan. Amal ma'ruf nahi mungkar. Patuhilah larangan Allah dan jauhilah larangan-Nya.

Jadi secara automatiknya, merokok didapati bersalah dan
DIJATUHI HUKUMAN HARAM !

Bayangkan apa yang terjadi kepada amalan kita, keturunan kita, kehidupan kita jika benda haram ni sudah sebati dalam darah daging kita. Renung-renungkanlah.

2. Kandungan rokok

Pelbagai alasan yang dinyatakan apabila ditanyakan kenapa merokok? Seronok sangatkah merokok? Pernah saya bertanyakan soalan ini kepada seorang pelajar yang sebaya dengan saya. Jawapannya, "kau try ar sendiri baru kau tau nikmatnya" Wooo ~ Jawapan yang sangat tidak berasas! Jom kita lihat apa kandungan rokok?

http://thefaithfularmy.files.wordpress.com/2008/04/rokok.jpg

Aseton (acetone) - penanggal cat
Ammonia - pencuci lantai
Metanol - bahagian roket
Naftalona (naphthalene) - ubat gegat
*Kadmium - digunaka dalam bateri kereta
Karbon Monoksida - gas beracun dari ekzos kereta
Vinil klorida - membuat PVC
*Hidrogen sianida (hydrogen cyanide) - racun yang digunakan dalam kebuk gas
*Uretana
Arsenik - racun anai-anai
*Dibenzacridine
*Polonium-201
DDT - racun makhluk perosak
Tar

*bahan-bahan yang dikenali punca barah

Jadi, nikmatkah menghisap penanggal cat? Nikmatkah menghisap pencuci lantai? Nikmatkah menghisap ubat gegat? Nikmatkah menghisap segala macam racun? Inikah yang dikatakan nikmat? Euuuww ! Jijik tauu! Uwekk!

Pengajarannya, sila search apa kandungan rokok dulu sebelum memulakan tabiat merokok yang sangat sukar diberhentikan.

3. Pembaziran
Sekali lagi saya sentuh mengenai Islam, Islam melarang sama sekali pembaziran. Seperti yang kita sedia maklum, rukun Islam terdiri daripada 5 perkara, iaitu:

1. Mengucap dua kalimah syahadah - Sudah
2. Sembahyang 5 waktu sehari semalam - Sudah walaupun hakikatnya banyak yang qada'
3. Berpuasa di bulan Ramadhan - Yea, we are fasting now
4. Menunaikan zakat - Sudah, kalau belum, sempat lagi ni
5. Mengerjakan haji - BELUM!! Alasan? Tak cukup duit lagi, tak mampu

Betulkah kita tiada kemampuan kewangan? Jom kita kira balik wang yang kita belanjakan untuk rokok. Ambil kalkulator cepat!!!


1 hari 1 kotak = RM5
1 tahun 360 kotak = RM1800
10 tahon 3600 kotak = RM18000 !!!!


Wang sejumlah RM18000 dalam masa sepuluh tahun yang dibelanjakan untuk rokok itu, sudah cukup untuk kita menunaikan rukun Islam yang ke-5, menunaikan fardhu haji. Tanpa kita sedari, kita bakar wang kita begitu sahaja.


4. Kejatuhan Islam


Lagi sekali saya sentuh mengenai Islam (hidup kita berprinsipkan Islam). Pembekal tembakau rokok terbesar dunia adalah Philip Morris. Syarikat ini berpengkalan di Amerika Syarikat yang menguasai lebih 70% tembakau rokok terbesar dunia.


Hurmm.. 'Amerika Syarikat'? Apa yang terlintas di fikiran anda? Israel? Ya, syarikat ini telah mengisytiharkan SEBAHAGIAN BESAR KEUNTUNGANNYA DISUMBANGKAN kepada EKONOMI AMERIKA SYARIKAT, YAHUDI dan ISRAEL, yang kini mencipta senjata-senjata canggih untuk memusnahkan negara-negara Islam, yang membunuh ummat Islam. Jadi sedarlah, kita memberi sumbangan besar kepada ekonomi Amerika Syarikat, Yahudi, dan Israel. Kita ada saham atas kematian saudara-saudara Islam kita di sana.



Jadi, apa lagi? Apa lagi yang anda mahu saya hujahkan? Apa lagi alasan anda untuk meneruskan tabiat merokok. Cukuplah. Berhentilah tabiat menjijikkan itu.
Katakan TAK NAK KEPADA ROKOK!

 


Rujukan : Modul Pengisian Rohani Motivasi Alihan Pelajar© (MAP)